Jujur saya katakan saya tak ada bakat. Memang ambil masa jugalah untuk saya berlatih untuk dapatkan warna latar belakang tersebut. Mula-mula buat memang rasa kecewa. Sebab asyik tak jadi. Lama juga saya simpan berus dan warna poster yang telah dibeli.
Selepas habis pengajian pada tahun 2019. Barulah terbuka hati semula untuk melatih jari-jemari yang keras ini untuk bereksperimen melukis dengan berus lukisan.
Sekarang masih tetap berlatih. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Masih lagi di tahap 'newbie'. Jutaan terima kasih kepada semua Youtuber yang sentiasa berkongsi ilmu untuk para pemula dalam membuat latihan melukis ini.
Seronok sangat bila masuk dalam dunia lukisan. [^__^]
p/s: Rasa macam nak sambung belajar dalam bidang lukisan seni halus..
cantik..oklah ni, ada bakat dlm seni lukisan..
ReplyDeleteTerima kasih Kak Nohas. Banyak lagi nak kena berlatih tu. =)
Deletecantik dan berseni��
ReplyDeleteTerima kasih, Anies. =)
DeleteEh, macam lukisan amamijan. Anak saya follow dia untuk lukis gambar, cantik sangat semua lukisan dia..
ReplyDeleteSaya follow Youtubers luar. Selalu tengok tutorial di Youtube. =)
DeleteAmamijan tu baru bulan ni saya follow dia di Twitter. Belum pernah lagi tengok art dia sebelum ni. =D
chuantek keychain nih, leh buat bisnes online daa .. ;p
ReplyDeleteHahaha.. tu lah. Semoga rajinlah lagi lepas ni nak mewarna. =D
DeleteWah cantik fan berseni
ReplyDeleteTerima kasih, mamapp. =)
Delete