Sunday, 21 August 2022

Semangat Semakin Pudar?

Tarikh akhir blog ini aktif ialah pada 12 Jun 2022. Kemudian, senyap. Kembali sepi. Saya cemburu dengan awak semua yang masih aktif menulis di dunia blog ini. Teringin sungguh saya nak aktif semula bercerita di sini.

Tetapi, itulah. Bila ada semangat nak buat. Tetiba senyap semula. 

Betullah orang kata. Bila kita tiada hala tuju, kita makin hilang fokus untuk membuat sesuatu secara berterusan. Samalah macam bila ada blog ini. 

Nak menulis ini bukannya susah. Antara mahu dan tidak aje. 

Semoga semangat nak menulis itu kembali semula dan dapatlah saya aktifkan semula laman sesawang ni.

Sunday, 12 June 2022

Temui Swaterbit Kids Book di PBAKL 2022

Punyalah sibuk sampai terlupa nak update blog. Hari ini hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2022) di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC, KL). Bermula dari 3 Jun hingga 12 Jun 2022.

Patutnya saya nak update sebelum PBAKL bermula. Tapi, asyik tertangguh aje.

Hari ini sempat lagi nak singgah bagi sesiapa yang berdekatan. 

Jemputlah singgah ke reruai 212 Swaterbit Kids Book (SKB). Di sana boleh belek buku-buku fizikal yang terdapat dalam Buku Audio Visual SKB.


Reruai yang terletak di bahagian Reruai Mandiri. Berdekatan dengan pentas utama.


Pelbagai tema buku yang dihasilkan oleh alumni SKB.


Ada lagi buku-buku lain di rak mini ini. 


Semua 36 buah buku Audio Visual SKB boleh didapati di sini:

Tuesday, 29 March 2022

Buku Audio Bergambar Kanak-Kanak Swaterbit Kids Book



Sesiapa yang tercari-cari Buku Audio Bergambar Kanak-kanak bolehlah dapatkan set Buku Audio Visual Swaterbit Kids Book yang mengandungi 36 judul buku cerita dengan harga RM 49 sahaja. Ada tema Biblioterapi, Travelog Malaysia dan banyak lagi. Dalam set audio ini bukan sahaja ada dalam Bahasa Melayu, ada juga dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Klik link di sini untuk dapatkan set Buku Audio Visual SKB



Tema Biblioterapi



Tema Travelog Malaysia


Dan pelbagai tema yang lain.



Semuanya boleh dapatkan di sini:

Friday, 16 July 2021

Keychain Lukisan Tangan

Dulu selalu berangan nak ada keychain yang gambarnya saya lukis sendiri. Lama juga berangan tu. Hinggalah akhirnya tahun ini berjaya realisasikan impian tersebut. Alhamdulillah, tangan yang keras ini rupanya dapat juga bermain dengan warna-warna poster.

Jujur saya katakan saya tak ada bakat. Memang ambil masa jugalah untuk saya berlatih untuk dapatkan warna latar belakang tersebut. Mula-mula buat memang rasa kecewa. Sebab asyik tak jadi. Lama juga saya simpan berus dan warna poster yang telah dibeli.

Selepas habis pengajian pada tahun 2019. Barulah terbuka hati semula untuk melatih jari-jemari yang keras ini untuk bereksperimen melukis dengan berus lukisan.

Sekarang masih tetap berlatih. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Masih lagi di tahap 'newbie'. Jutaan terima kasih kepada semua Youtuber yang sentiasa berkongsi ilmu untuk para pemula dalam membuat latihan melukis ini.

Seronok sangat bila masuk dalam dunia lukisan. [^__^]


p/s: Rasa macam nak sambung belajar dalam bidang lukisan seni halus..

Thursday, 15 July 2021

Cabaran Membaca Untuk Tahun 2021

Lama juga saya bilangan buku yang telah saya baca di Goodreads. Baru berjaya update sebuah buku yang sudah habis dibaca. Nampaknya nak kena rajinkan balik diri ini untuk membaca lagi banyak buku dan pada masa yang sama rajin-rajinkan juga diri melayan laman sesawang Goodreads. Bila update, barulah nampak buku apa yang telah dibaca.


p/s: Dan lama juga saya tak update blog. Masih ada ke yang sudi singgah di sini?



Thursday, 20 May 2021

Selamat Hari Raya 2021

Harapnya masih boleh lagilah saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi mengunjungi ke laman blog saya ini. Lama juga tak update dan lama juga dah tak berlatih menulis di sini.


Setiap kali masuk ke blog. Selalu fikir nak buat tema apa untuk blog saya. Terlalu banyak genre yang nak saya masukkan. Masih tercari-cari niche yang sesuai untuk diri ini. Tapi, itulah saya jadi tak boleh nak fokus kepada suatu perkara. Mesti rasa nak juga cuba semua selagi boleh.

Semoga nanti adalah rentak yang sesuai untuk saya menulis di dalam blog ini.

Sekarang kita masih lagi dalam tempoh pandemik. Kes pula makin meningkat. Semoga semuanya jaga diri tak kira di mana jua anda berada.

Jumpa lagi di lain entri. 

p/s: Masih ada ke yang sudi datang ke sini?


Monday, 16 March 2020

Mary Jardin Hand Sanitizer


Sekarang masih lagi dibuka pre-order Mary Jardin Hand Sanitizer di laman sesawang Mary Jardin. Yang masih tercari-cari bolehlah cepat-cepat order selagi stok masih ada. 

Ada yang buy 1 free 1 dengan harga RM19.90 untuk 60ml (harga tidak termasuk postage). 
Beli natural sanitizer percuma natural sanitizer.
Beli alkohol sanitizer percuma alkohol sanitizer.


Ada juga yang dalam 500ml. 


Alcohol Sanitizer 500ml - RM 45. (Tidak termasuk postage).
Natural Sanitizer 500ml - RM 55. (Tidak termasuk postage). 

Cepat-cepat beli selagi stok masih ada. Boleh klik di sini untuk pembelian hand sanitizer dan produk Mary Jardin yang lain juga. Kalau dekat dengan Star Avenue. Boleh pre-order di website dan kemudian pilih self pick up. Nanti boleh ambil di sana.

Daftar sebagai member percuma sahaja. Klik sini untuk daftar.



Hand sanitizer ni semua orang boleh guna, baik lelaki mahupun perempuan. Dan untuk kanak-kanak lebih disyorkan gunalah natural hand sanitizer. 

p/s: Maaflah buat masa ini saya asyik promosikan hand sanitizer ni aje. Sebab stok yang sangat terhad. Ramai yang nak beli ni. =)