Sunday, 19 January 2020

Nak Belajar Semula AutoCAD

Dah lama saya tak mengunakan perisian komputer AutoCAD. Nak minta kerja yang berkaitan pun kekadang rasa tak yakin sebab makin lama makin dah lupa. Jadi, untuk mengelakkan penyakit lupa itu saya bercadang nak kembali membuat latihan AutoCAD semula.

Ada juga memohon untuk sertai program dengan Akademi Binaan Malaysia yang berkaitan dengan AutoCAD. Tapi, itulah mungkin sebab faktor usia atau terlebih kelayakan membuatkan saya tak dapat lagi peluang untuk mendapatkan tempat di sana. Atau pun juga saya sering terlepas untuk memohon pada waktu yang ditetapkan. 

Hurmm.. Tak apalah. Kita belajar sendiri ajelah. Serius. Saya memang tak kisah pun sebenarnya kalau nak kena belajar dari asas semula. Sebab, yelah dah lama tak aplikasikan perisian ini dalam kehidupan seharian. Memang banyaklah yang dah lupa.

Semoga dengan bantuan dari Internet dan nota-nota kuliah yang lepas dapat membantu saya semula untuk memahirkan dalam bidang ini. 



Harapnya AutoCAD 2017 yang ada dalam laptop ini masih berfungsi dengan baik. 

p/s: Teringin nak reka pelan rumah sendiri...

7 comments:

  1. selamat mengulangkaji..inshaa Allah, bila dah selalu praktis, akan jd mahir..

    ReplyDelete
  2. dulu masa degree pernah belajar sekali je...lepas tu tak praktikkan pun...huhuhu

    ReplyDelete
  3. skrg wak pon pakai autocad 2020.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Mrs. A dahulu kala kawan-kawan dengan bro yang pandai AutoCAD ish... tengok depa lukis drawing pun dah fening takpelah sekian terima kasih huhuhuu...

    ReplyDelete
  5. tau sebut je tapi tatau apa benda sebenarnya autocad ni hehe..

    ReplyDelete
  6. Saya langsung taktau nak guna AutoCad. Hebatlah awak reti guna, teruskan usaha ye..

    ReplyDelete