Friday, 10 January 2020

Bila Perut Memulas

Boleh tahan juga ya bila perut tu rasa bergelora. Dia punya memulas tu macam-macam lagu yang dia main. Lagu keroncong pun kalah. Haha.

Masa hari pertama rasa sakit perut, saya sangka mungkin sebab saya lambat makan. Masuk hari kedua, dah makan pun ada rasa sakit juga. Tapi, saya tetap teruskan aktiviti ikut kemampuan saya. Tiba waktu malam tu, tetiba suhu badan saya naik. Makanlah 2 biji panadol sebelum tidur.

Alhamdulillah, hari esoknya suhu kembali pudar. Tak panas dah macam semalam. Cumanya tercirit-birit pula. Hahaha. Tak tahulah sebab salah makan ke apa.

Sehinggalah ke hari semalamnya masih lagi cirit-birit, barulah sebelah petang saya ke klinik. Jujurnya saya memang susah nak ke klinik. Sebab takut nak kena ambil darah nanti.

Selagi boleh kita usaha nak baik sendiri memang nak baik sendiri aje. Tapi, tak eloklahkan. Bila dah mudarat, sendiri jugalah susah.

Dan ya, memang kena juga ambil darah. Alhamdulillah, doktor kata bacaan darah saya ok. Doktor bagi saya ubat garam dengan ubat untuk perut memulas.


Bila dengar ubat garam, terus saya mencelah, "Ubat kumur ke Doktor?"

"Tak.. Ubat minum. Bukan air garam yang buat di rumah tu."

Saya pun angguk ajelah. Dah terbayang dah nak kena minum air masin ni. Haha.

Hari ini, Alhamdulillah dah beransur sedikit rasa sakit perut tu lepas makan ubat malam tadi.

Moga cepatlah baik sepenuhnya dan cergas kembali. 

p/s: Dah terbaring ni sempat lagi nak update blog.. Hihi.. Terbaring pun sebab baru lepas makan ubat, ubat ni ada rasa mengantuk. Rasa macam nak tidur. Tapi, tak tidur-tidur. Macam manalah nak tidur kalau asyik main telefon. Hahaha..

14 comments:

  1. Moga segera sembuh ye rasa memulasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah kembali sembuh. Terima kasih Perdu Cinta. =)

      Delete
  2. Alhamdulillah..beransur baik..syafakillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nohas.. Alhamdulillah.. Dah beransur baik. =)

      Delete
  3. eh eh lawanyeeeee blog beliau! ihihihi

    take care FT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunah Sakura... Hihi.. Biasa ajelah. Blog Sunah lagi lawa.

      Insha-Allah, terima kasih, Sunah. =)

      Delete
  4. Nampak sangat tak suka pi klinik sebab tak tau pasal ubat garam ni..hihi. Comel je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurzarini Ismail.. Hahaha.. Itulah.. Memang tak gemar nak pi klinik ni. Selagi boleh dielakkan. Kita elakkan. Hihi..

      Delete
  5. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anies.. Waalaikumussalam.. Selamat Tahun baru 2020 juga anies. Tak apa, saya pun kekadang jarang-jarang juga dapat menjengah ke blog kawan-kawan. Insha-Allah, akan saya terjah kembali ke blog anies. =) Terima kasih juga singgah ke sini.

      Delete
  6. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
  7. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete