Thursday, 10 August 2017

"Nanti Aku Masuk Meminang."

Bila ada yang suka bergurau nak masuk meminang, ada masa hati itu terusik juga dengan kegembiraan.

Tetapi.. Bila yang bergurau itu jauh lebih muda. Memang taklah nak ambil serius sangat.

Yelah. Orang kita ini bukan boleh tengok kalau lelaki itu punyai pasangan yang lebih berusia darinya.

Ada sahaja yang tak kena.

Jadi.. Untuk 'mematikan' gurauan itu menjadi satu doa. Maka harus menolaknya tanpa sebab.

Tahu. Memang suka bergurau. Tapi, ingat. Setiap kata-kata itu boleh jadi satu doa. Biarpun kita anggap gurauan.

Dan paling lemah nak dengar ayat tambahan, "Kalau dah jodoh tak kemana."


p/s: Rasa macam nak buat novel aje.. Hahaha..

2 comments: