Wednesday, 23 August 2017

Fotogenik.

Saya bukanlah seorang yang fotogenik.
Jadi, bila ada yang merakam gambar saya tanpa saya pinta.
Memang agak bisinglah mulut ini nanti.

Hahaha.
Serius. Memang tak faham betul dengan diri ini.
Dulu pun bising juga bila ada yang lain tolong rakam gambar saya.
Tanpa saya sedar.

Saya punya bising tu sampai bingit telinga orang nak dengar.
Entahlah.
Dah saya ini sememangnya kurang nak bergambar.
Tolong ambil gambar orang bolehlah.

Selepas ini, kenalah kut rajinkan diri bergambar.
Yelah. Bila belek semula album lama.
Gambar diri sendiri boleh dikira dengan jari.

p/s: Tolong ajar saya untuk sentiasa tersenyum. [^__^]

Monday, 21 August 2017

Ko Pi

"Kak Yong.. Kau nak kopi tak?"

"Kopi?"

"Ko pi nang kau dengan Bismillah."

*****

Cehh.. Ni ayat pick up line ke apa?

Hahaha.

Kadang-kadang terhibur juga dengan lawak bebudak ni.

p/s: Nak kena rajinkan semula update blog. Banyak betul cerita yang disampaikan ni. Huhu.


Wednesday, 16 August 2017

Marah

Bukan semua orang suka dengan marah. Buka semua orang juga suka kena marah. Paling tak menyoronokkan bila asyik marah kepada orang yang sama. Entah apa silapnya. Semua perkara terhadap individu terbabit, ada sahaja yang akan buat orang lain marah. Kenapa mesti jadi macam tu?

Hurmmm.

Marah berlebihan pun tak elok juga. Marah itukan mainan syaitan. Marah juga ada adabnya. Semoga diri ini tidak cepat marahkan orang. Moga dapat didik diri ini untuk menjadi seorang yang lebih sabar.

p/s: Tak suka marah orang. Tak suka juga kena marah. Tapi bila dah mula marah, kesannya membebel yang berpanjangan.

Monday, 14 August 2017

Sabar

Hidup ini memang kena banyak bersabar.
Nak buat apa-apa memang kena sabar.
Contoh nak rawat kulit wajah yang bermasalah.
Lagilah kena banyak sabar.

Nak berjaya pun sama.
Sabar juga antara resepi utamanya.

Sebab itu kita jangan cepat berputus asa.

Ya. Peringatan untuk diri sendiri juga.

p/s: Nak kena rajin dan sabar membaca banyak buku. Barulah idea nak mengarang mencurah-curah, kan? [^__^]

Thursday, 10 August 2017

"Nanti Aku Masuk Meminang."

Bila ada yang suka bergurau nak masuk meminang, ada masa hati itu terusik juga dengan kegembiraan.

Tetapi.. Bila yang bergurau itu jauh lebih muda. Memang taklah nak ambil serius sangat.

Yelah. Orang kita ini bukan boleh tengok kalau lelaki itu punyai pasangan yang lebih berusia darinya.

Ada sahaja yang tak kena.

Jadi.. Untuk 'mematikan' gurauan itu menjadi satu doa. Maka harus menolaknya tanpa sebab.

Tahu. Memang suka bergurau. Tapi, ingat. Setiap kata-kata itu boleh jadi satu doa. Biarpun kita anggap gurauan.

Dan paling lemah nak dengar ayat tambahan, "Kalau dah jodoh tak kemana."


p/s: Rasa macam nak buat novel aje.. Hahaha..

Friday, 4 August 2017

"Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana.."

Ayat ini biasa kita dengarkan.
Tetapi kalau kedua-dua pihak itu tidak berusaha ke arah yang sama.
Memang tak ke manalah jodoh itu.
Huhuhu.

Cerita tentang kahwin.
Memang tak akan pudar selagi masih bujang.
Yang dah berkeluarga jangan cakaplah.
Maka, kena cari tip supaya tidak 'stress' bila ada yang sibuk bertanya.

Insha-Allah, suatu hari nanti pasti ada.
Tidak di dunia.
Di akhirat itu pasti.

Berbahagialah. Biar apa pun status dirimu ketika ini.

Selamat mencari cinta Yang Tidak Pernah Mati dan Tidak Pernah Mengecewakan.

Insha-Allah, setelah itu akan membawa cinta kepada hamba-Nya yang akan saling melengkapkan.

[^__^]

p/s: Lama dah tak update blog. Betul-betul kena rajinkan semula untuk menulis!