Saturday, 8 July 2017

"Kerja Mana Sekarang?"

Bila ditanya soalan itu. Sedih juga. Yelah. Sepatutnya usia sekarang dah ada kerjaya sendiri. Dah mula kumpul aset sendiri. Tapi.. Masih belum mampu. Dan masih belum ada kerja tetap. Masih lagi menggunakan masa ketika ini untuk menuntut ilmu.

Setiap orang perjalanan hidupnya berbeza-beza. Doakan saya dapat capai apa yang saya impikan. Doakan juga biarpun saya masih bergelar pelajar sepenuh masa. Dapatlah juga saya menjana pendapatan sendiri. Saya tak nak bebankan emak ayah saya lagi. Tak nak bebankan juga ahli famili yang lain.

Saya nak bantu keluarga saya. Saya nak juga menyumbang untuk emak ayah saya menunaikan umrah dan Fardhu Haji. Dan saya juga masih ada cita-cita yang lain untuk saya kejarkan. Semoga Allah s.w.t permudahkan setiap urusan itu. Semoga Allah s.w.t redha setiap usaha kecil itu.

3 comments:

  1. 2 tahun lagi kann? semoga dipermudahkan ye cik faarihin., aminn ya robbal alamin.,

    ReplyDelete
  2. MOGA SUKSES IMPIAN TERLAKSANA

    ReplyDelete
  3. tak lama lg kot..in shaa Allah..

    ReplyDelete