Thursday, 15 June 2017

Yeay! Peperiksaan Dah Habis!

Alhamdulillah, hari ini hari terakhir untuk peperiksaan akhir bagi semester 4. Pejam celik. Hampir 2 tahun berada di sini. Insha-Allah, tinggal lagi satu semester pendek untuk latihan industri dan 3 semester untuk sesi kuliah. Selepas itu bertebaran pula ke tempat lain. Insha-Allah.

Semoga Allah s.w.t permudahkan setiap perjalanan ini.

Biar apa pun rintangan yang dihadapi.

Moga tetap kuat dan tidak mengalah lagi.

#Misi Melengkapkan Ijazah Pertama dengan jayanya.

Permudahkanlah Ya Rabb.

Wednesday, 14 June 2017

19 Ramadan 1438H

Alhamdulillah, sekejap sahaja dah masuk hari ke-19 kita berpuasa.
Terasa cepat masa berlalu.

Dan hari ini juga, terhasilnya lagi blog yang baharu. [^__^]

Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung yang budiman.
Terima kasih sudi singgah ke sini.
Ada masa datang lagi.

Selalu aje saya tak dapat nak update blog The Lensa Story.
Sebab nak update blog yang itu kena ada gambar, barulah jadi lensa stori nya. >__<

Jadi, saya buat keputusan nak adakan lagi satu blog,
yang tak semestinya kena letak gambar dalam setiap entri.

Barulah rasa seronok aje nak menaip. Huhu.

Harap masih ada yang sudi membaca di sini.

Salam kenal buat yang pertama kali singgah di sini.
Salam kenal lagi sekali kepada yang dah biasa sangat
tahu saya memang suka sangat buat banyak blog. [^__^]/

Salam ukhuwah.
Semoga Allah redhai setiap persahabatan yang terjalin itu biarpun hanya di alam maya.

Mari mengembara dalam penulisan!